Saturday 23 December 2017

Share Link Google Drive

Mungkin ada yang belum biasa berkongsi bahan melalui link Google Drive. Mungkin juga ada yang mendapat bahan melalui link Google Drive tetapi tidak tahu bagaimana hendak berkongsi bahan-bahan tersebut supaya lebih ramai mendapat manfaat daripadanya.

Saya sediakan di sini langkah-langkah untuk share link bahan dari Google Drive. Ia sangat berguna apabila kita ingin berkongsi bahan kepada umum. Saya biasa menggunakannya untuk blog jika saya ingin bahan yang saya hasil dan kongsikan dapat dimuat turun oleh orang lain dalam bentuk softcopy.









Hasilkan BBM Kad Gambar

Bahan Bantu Mengajar berbentuk imej/gambar memang penting. Sering sahaja guru-guru perlu menghasilkan kad-kad gambar sendiri agar menarik dan menepati isi pelajaran yang ingin disampaikan.

Kali ini saya kongsikan cara menghasilkan BBM iaitu kad gambar. Ia bukan sahaja boleh dicetak tetapi juga boleh digunakan pada blog, frog vle dan medium-medium lain yang sesuai.








Hasilkan BBM Jigsaw Puzzle

Sukar untuk mendapatkan bahan bantu belajar yang menepati silibus dan keperluan murid. Selalunya guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan bahan-bahan bantu belajar yang menarik dan menepati keperluan isi pelajaran.

Hari ini saya kongsikan cara hasilkan jigsaw puzzle BBM Matematik menggunakan Google Images dan MS PowerPoint.